Save on your hotel - HotelsCombined.com

Wednesday 17 October 2012

Iswara 1.5 Tahun 1995 sedia untuk dijual

Model tahun 1995.....1500cc, Mau di Lego RM5500 aje.......siap tukar nama, insuran dan road tax 1 tahun.....injin tip top...call 0199148223


Nilai Khairul Fahmi RM3 juta?

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@Kkosmo.com.my








“KALAU betul, ia mungkin suatu yang positif dan nilai yang diberikan itu merupakan suatu perkembangan baru untuk bola sepak tempatan.” Demikian ujar pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim ketika mengulas mengenai dakwaan kononnya penjaga gol The RedWarriors, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tawaran RM3 juta daripada sebuah pasukan lain.

Bagaimanapun katanya, apa yang mengecewakan, berita tersebut hanya disensasikan di akhbar kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menerima sebarang tawaran secara rasmi setakat ini.
“Satu apa pun kita tak terima daripada pasukan tersebut. Itu mungkin satu tawaran yang mahu merosakkan pasukan ataupun mensensasikan perkara yang tidak logik.

“Mungkin ada motif-motif tertentu. Setakat ini kita tidak ada menerima permohonan rasmi, hanya melalui siaran akhbar sahaja.

“Saya rasa nilai tersebut, kalaulah betul, mungkin satu benda yang baharu. Kita tak mahu laporan dalam akhbar kata nak bagi berjuta-juta, sedangkan benda itu tidak berlaku.

“Setakat ini kita memang tidak tahu mengenai perkara ini. Apa-apa surat yang rasmi kalau sampai kepada kita, kita akan tengok dan pertimbangkan secara profesional dan telus,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Dalam pada itu, Azman tidak menafikan bahawa pihaknya menerima beberapa surat daripada pasukan negeri yang menyatakan minat terhadap pemain-pemain Kelantan.

“Kita pun telah menjawab (surat) tersebut dan menyatakan bahawa pemain-pemain kita masih ada kontrak. Jadi, jawapan kita adalah tidak berminat untuk berunding.

“Memanglah kita pasukan yang juara ini, orang tengok semua pemain kita bagus, bukan pemain sahaja mungkin juga jurulatih. Jadi, pada saya ia satu perkembangan yang bagus, maknanya nilai pemain kita naik dengan sendirinya.

“Kadang-kadang perlu ingat nilai pemain naik kerana pasukan. Mungkin pasukan yang menaikkan mereka kerana bola sepak melibatkan 11 pemain,” ujarnya.

Sementara itu, Azman berkata, KAFA kini bersedia menerima tawaran daripada mana-mana pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk mendapatkan dua pemain importnya, Danny Antwi dan Emmanuel Okine secara pinjaman.

“Kedua-dua mereka menyatakan hasrat untuk untuk bermain di sini walaupun dalam Liga Perdana ataupun Liga FAM. Jadi, mana-mana pasukan yang berminat boleh berunding dengan kita untuk memberi mereka peluang beraksi.

“Bagi musim depan, sebahagian besar pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan dan hanya beberapa pemain akan dilepaskan. Kita mungkin akan membawa satu atau dua pemain baharu ke dalam pasukan,” jelasnya.

Haid selama 3 bulan

SAYA masih belum berkahwin dan saya tidak pernah melakukan hubungan terlarang. Saya mengalami pendarahan haid yang tidak berhenti. Perkara ini sudah terjadi agak lama, kadang-kadang keadaannya baik tetapi adakalanya haid tidak berhenti.

Sekarang, darah saya sudah keluar lebih tiga bulan dan langsung tidak berhenti. Saya sangat takut dengan keadaan ini yang mungkin boleh memudaratkan saya. Harap doktor dapat membantu.


INSAN DALAM KETAKUTAN,
Kuala Lumpur




Dr Adilah Ahmat jawab
 
JIKA benar anda dalam ketakutan, anda sepatutnya datang mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui punca keadaan ini.

Pendarahan yang berlangsung dengan lama boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan tubuh contohnya kekurangan darah (anemia), bengkak jantung dan seumpamanya. Masalah yang berlaku ke atas penebalan dan pematangan lapisan haid (endometrium) boleh menyebabkan apa yang anda sedang alami. Doktor perlu menyiasat puncanya di samping memberikan rawatan sementara bagi menghentikan pendarahan itu.

Doktor juga perlu mengesan sama ada lapisan haid berkenaan mengalami penyakit yang lebih berbahaya (walaupun dalam kemungkinan yang sedikit).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07

Lendir berwarna coklat

SAYA berusia 28 tahun dan baru berkahwin beberapa bulan lalu. Saya agak keliru dengan lendir yang keluar dari faraj.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah mengalami masalah sebegini. Saya dapati ada keputihan berwarna coklat selama dua hari tetapi dalam jumlah yangsedikit. Menerusi pembacaan, saya fikir ia darah haid sebab masih dalam tempoh 15 hari.

Haid saya sekitar tujuh hingga lapan hari tetapi selepas hampir sebulan tamat haid, lendir coklat itu masih lagi keluar. Kali ini dalam kuantiti yang banyak.

Ketika membuang air kecil, saya dapati ada sedikit darah yang keluar. Apakah masalah yang saya hadapi?


Adakah ia berkaitan dengan kanser serviks? Harap doktor dapat memberi pandangan.

ISTERI RUNSING,
Perlis

                                                                Dr Adilah Ahmat jawab

SEKIRANYA anda hanya baru menjalani hubungan seks selama beberapa bulan (bukannya lebih awal iaitu sebelum berkahwin), kemungkinan kanser serviks amat rendah kecuali jenis adeno-serviks.

Tidak salah untuk anda mendapatkan pemeriksaan doktor pakar. Kemungkinan kehamilan (dan masalah kehamilan) juga perlu diketahui. Adakalanya, ia juga komplikasi jangkitan faraj berulang ataupun masalah keseimbangan hormon.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07

Tertekan sindrom PMS

SAYA berusia 21 tahun, pelajar tahun dua farmasi dan masih bujang. Sejak tahun lalu, saya mengalami sindrom pramenstrual yang agak teruk, rasa mual dan muntah serta senggugut bermula tiga hari sebelum haid sehingga dua, tiga hari sewaktu didatangi haid.

Pada bulan ini, saya juga mengalami simptom yang sama tetapi saya kerap berasa sedih, keseorangan, tidak dihargai dan kerap menangis kerana sedih melampau.

Biasanya saya mengalami emosi sebegini selama seminggu sebelum haid.

Saya pernah merujuk kepada doktor dan saya hanya diberikan ubat tahan muntah.
Doktor juga mengatakan ia hanya perasaan, tiada apa yang serius. Namun saya sangat tertekan dengan keadaan ini.

Gejala yang saya alami ini sangat mengganggu pelajaran, peperiksaan malah adakalanya saya tidak mampu berhadapan dengan orang. Adakah saya harus bertemu dengan pakar?

 SITI,
PJ

  Dr Adilah Ahmat jawab

TIDAK semua wanita mengalami simptom pramenstrual (PMS). Begitu juga bagi mereka yang mengalami PMS, jenis atau bilangan simptom serta tahap keterukannya berbeza.

Lazimnya PMS berlaku akibat pengaruh hormon. Kadangkala gangguan emosi yang berlebihan memerlukan bantuan pakar, misalnya pakar psikiatri yang dapat mengajar teknik mengurangkan tekanan itu dan jika perlu, juga dengan bantuan ubat-ubatan.

Bidang kepakaran psikiatri tidak sepatutnya memberikan tanggapan negatif kepada masyarakat sehingga malu atau takut berjumpa pakar berkenaan.

Skop kepakarannya lebih meluas daripada rawatan pesakit mental saja. Kesediaan anda untuk mengajukan soalan ini bagi mendapatkan jawapan atau rawatan juga satu petanda yang bagus.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07

Payudara berdarah

SAYA berusia 31 tahun dan mempunyai dua anak berusia lapan dan lima tahun. Anak pertama tidak menyusu badan, cuma anak kedua menyusu badan sepenuhnya sehingga berumur tiga tahun.
Enam bulan lalu, saya mengalami keguguran dan ketika itu usia kandungan saya tiga bulan. Masalahnya kini, payudara sebelah kanan saya ada mengeluarkan darah cair apabila saya memicitnya.

Saya membuat pemeriksaan sendiri dan tidak dapat mengesan sebarang ketulan pada payudara. Adakah darah yang keluar daripada puting payudara itu tanda saya menghidap barah payu dara? Adakah saya harus menjalani rawatan untuk menangani masalah itu?

IBU RISAU,
Johor



Dr Adilah Ahmat jawab





DARAH daripada puting payudara boleh merupakan petanda luka biasa, jangkitan kuman yang menyebabkan peradangan ataupun sebaliknya barah.

Dalam keadaan ini, berjumpalah doktor, seelok-eloknya pakar bedah am untuk menjalani pemeriksaan payudara dan ujian lanjutan seperti ultrabunyi payudara.

Usia anda yang masih muda dan pernah menyusu badan memberi anda risiko lebih rendah untuk mengalami barah payudara, namun ini tidak bermakna anda terlindung sepenuhnya.

Segeralah berjumpa doktor.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14

Kegatalan melampau

SAYA berusia 34 tahun dan masih belum berkahwin.

Saya menghadapi masalah kegatalan yang amat ketara pada bahagian sulit iaitu di bahagian pundi kencing dan sekitar faraj.


Saya sering menghadapi masalah ini dan semakin meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Untuk mengatasi masalah kegatalan ini, saya ada menggunakan pembersih wanita dan menggunakannya ketika mandi tetapi tidak berhasil.

Adakah masalah kegatalan yang melampau ini boleh mendatangkan kesan negatif apabila melakukan hubungan kelamin kelak?

 Adakah kegatalan ini berpunca daripada penyakit resdung? Diharap doktor dapat membantu kerana saya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

GADIS BIMBANG,
Kuala Lumpur

 Dr Adilah Ahmat jawab



ANDA mungkin mengalami jangkitan kawasan kemaluan yang juga telah memasuki pundi kencing.

Sampel air kencing dan sampel lelehan faraj (mudah diambil menggunakan swab kapas yang dimasukkan ke pangkal faraj menerusi bukaan selaput dara) dapat memberikan keputusan apakah jenis kuman itu serta apakah ubat yang sesuai untuk menghapuskannya.

Membersihkan kawasan yang mengalami jangkitan juga perlu dilakukan dengan cara yang betul, lazimnya menggunakan air paip yang dicampur dengan sedikit garam masakan saja.

Penggunaan bahan bersabun atau cecair pencuci perlulah secara sederhana dan dicuci dengan air mencukupi kerana sisa bahan itu boleh menjadikan permukaan kawasan kemaluan menjadi lebih kering, mengelupas, menipis dan mengundang kegatalan malah jangkitan pada kulit pula.

Doktor mungkin akan memberikan ubat antibiotik ataupun antikulat yang dimakan sementara menunggu hasil keputusan kultur kuman.

Pada masa sama, krim sapuan juga akan diberikan bagi meredakan kegatalan pada kulit yang mungkin kini telah menjadi merah, menipis atau mengelupas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14

Cerpen lucah telefon bimbit

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my


IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.
Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.

Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.

“Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17

Tembakan isi minyak

Oleh Siti Fatimah Hassan dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya baru saja mahu mengisi minyak kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan beberapa kali. Disebabkan panik, saya tidak sempat berfikir atau melihat apa-apa,” kata Ong Sok Cha, 48, saksi kejadian samun dan tembak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang peniaga berbangsa Siam luka di bahagian kanan kepala dan lengan selepas terkena tembakan dilepaskan seorang suspek.

Mangsa, Samnuan Sunnuan, 21, dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama rakan wanitanya, Lee Win Dee, 20, singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kereta Perodua Myvi sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sepucuk pistol dan memasuki kereta itu.

Akibat ketakutan, Lee berlari keluar lalu masuk ke dalam kereta Proton Wira milik Ong sambil diikuti suspek, Samnuan ditembak tiga das ketika cuba membantu rakannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17

Friday 12 October 2012

Eja sahut cabaran

KONTROVERSI Teater Tun Dr. Siti Hasmah bermula apabila Adlin Aman Ramlie menarik diri sebagai pengarah dan digantikan dengan Erma Fatima beberapa bulan lalu. Malah, tarikh asal pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos lalu itu turut ditunda dua kali iaitu pada 14 September dan terbaru pada 9 hingga 19 November depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tidak hanya membabitkan pengarah dan tundaan tarikh pementasan, beberapa episod pengunduran pelakon utamanya juga terjadi. Entah kenapa pelakon utama yang membawakan peranan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika dewasa sering sahaja bertukar tangan.

Selepas pengunduran Erra Fazira pada penghujung Ogos lalu yang dikhabarkan disebabkan faktor jadual, terkini Datin Sofia Jane pula disahkan mengambil langkah serupa atas alasan yang sama.

Ingin mengetahui cerita di sebalik pengunduran Sofia, Kosmo! cuba menghubungi dan menghantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya, tetapi malangnya tiada jawapan yang dapat kami terima daripada pelakon filem Perempuan, Isteri dan .....? itu.

Bagaimanapun Kosmo! berjaya menemu bual pengganti Sofia iaitu pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 40. Eja berbicara tentang persiapan dan kesanggupan menjadi Siti Hasmah sebelum teater tersebut dipentaskan sebulan dari sekarang.
Kosmo!: Apa perasaan Eja ketika ditawarkan membintangi peranan utama teater Tun Dr. Siti Hasmah?

EJA: Bohong jika saya tidak berasa gementar. Perasaan saya bercampur baur. Teruja dan dalam masa yang sama gementar. Namun saya akan pastikan perasaan gementar itu bukan menjadi halangan untuk saya melakukan yang terbaik. Sebenarnya perasaan gementar itu bagus untuk menjadikan diri saya lebih bersedia memikul peranan itu nanti.

Apa yang membuatkan anda menerima tawaran ini, sedangkan sudah dua pelakon asal (Erra Fazira dan Sofia Jane) mengundurkan diri?

Saya sahut cabaran Datin Paduka Ummi Aida dan Erma Fatima, malah saya cabar diri untuk terima dan menjayakan peranan ini. Saya tidak mahu ambil tahu kenapa dua pelakon sebelum ini mengundurkan diri.
Apa yang penting, saya akan buat yang terbaik. Bagi saya, tiada satu produksi yang sempurna. Tidak kira ia filem, drama mahupun teater, pasti akan berlaku masalah. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak Tun Dr. Siti Hasmah.

Ini merupakan pementasan pertama anda sejak bergelar anak seni. Kenapa baru sekarang terpanggil untuk menyahut cabaran beraksi di atas pentas teater?

Ya, ini adalah pengalaman pertama saya beraksi di atas pentas teater. Sebelum ini, saya pernah menolak beberapa tawaran untuk berlakon teater kerana faktor masa. Dahulu, sewaktu tidak ada anak, saya terlalu banyak terima tawaran berlakon drama dan filem. Jadi saya tidak mampu untuk buat teater. Kini, sudah ada masa dan ruang yang sesuai, saya terima tawaran berlakon teater.

Berapa lama latihan yang dibuat sebelum pementasan? Adakah sebarang masalah yang timbul?

Saya cuma ada masa sebulan sahaja untuk latihan. Tiap-tiap malam kami akan menjalani latihan. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya kena berkorban masa demi anak dan juga pementasan.

Kedengaran sekarang suara anda seperti tidak sihat? Benarkah?

Ya, memang tidak sihat dan tidak cukup tidur, tetapi bila sudah terima sesuatu pekerjaan, saya akan fokus dan lakukan 100 peratus.

Anda sudah bersedia untuk menerima kritikan dengan penampilan sulung di atas pentas teater?

Saya bersedia untuk ditegur dan dikritik, tetapi janganlah menghentam. Kalau mahu tegur, biarlah dengan cara yang berhemah. Saya kena cuba berlakon teater dan tidak perlu takut jika gagal. Apa yang penting, saya kena berusaha beri yang terbaik. Bila kita buat dengan bersungguh-sungguh Allah akan membantu.

Apa harapan anda untuk teater Tun Dr. Siti Hasmah?

Saya mohon pada Allah agar pementasan hari pertama dan seterusnya nanti berjalan dengan lancar.

Kontroversi permit dan cium Randy

SEJUJURNYA, sebelum nama Randy Pangalila menjadi satu topik hangat kerana isu permit yang dibangkitkan oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi, bukan satu industri, jauh sekali satu Malaysia mengenali pelakon tersebut. Mendengar namanya sahaja sudah pelik.

Jika ada yang mengenalinya pun, golongan tersebut merupakan pelanggan saluran berbayar Astro yang menyiarkan kisah romantik pasangan kekasih antara dia dengan pelakon genit Elfira Loy menerusi telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang yang ditayangkan pada tahun lalu.

Namun, selepas isu tersebut dibangkitkan, nama Randy naik mendadak. Dalam laman blog dan internet, ramai yang mencari siapa gerangan pelakon Indonesia yang dipertikai permit kerjanya di Malaysia oleh Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi. Maka, hari ini, semakin ramai yang mengenali, malah terus jatuh cinta dengan sosok kacak Randy.

Randy, 22 tahun, berasal Surabaya, Indonesia cukup bertuah. Dia masuk ke dalam bidang seni Indonesia secara tidak sengaja apabila dipelawa oleh sebuah agensi yang melihat potensi dirinya mampu menjadi seorang pelakon yang baik beberapa tahun lalu.

Maka, sejak itu, dengan bakat lakonan yang ada, Randy mendaki populariti menerusi banyak sinetron termasuk yang telah mempopularkannya, sinetron Nada Cinta dan Cinta Fitri yang dibuat sebanyak 1000 episod selama empat tahun.

Pada pandangan mata kasar dalam pertemuan pertama kali pada sidang media drama bersiri Dalam Hati Ada Taman yang bertempat di Flora Café, Amp Walk, Kuala Lumpur, baru-baru ini, tidak hairan mengapa dia boleh menjadi begitu popular.

Seorang yang cukup merendah diri, sopan dan peramah, Randy petang itu melayan segala persoalan yang dilontarkan dengan cukup baik. Antara yang dijawab Randy adalah berkenaan isu permit, tentang kekasih hati, serta kepuasannya berlakon bersama produksi di Malaysia, khususnya bekerjasama dengan penerbit Michael Ang serta Elfira Loy.

Isu pertama yang diajukan kepadanya berkaitan dengan kontroversi permit. Sambil menghela nafas, dengan tenang Randy mula memberi hujah bagi mempertahankan dirinya. Mengaku dia sedar tentang isu permit yang ditimbulkan, ujar Randy, ia sebenarnya tidak lebih daripada salah faham sahaja.

“Saya melihat isu ini sebagai satu salah faham sahaja. Jadi saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebenarnya, daripada pihak produksi Micheal Ang, mereka telah mendapatkan semua keizinan untuk saya berlakon di sini kerana bagi saya itu perkara paling utama buat diri saya.

“Sebelum hadir ke Malaysia untuk berlakon, soalan pertama yang saya tanyakan ialah adakah saya telah mendapat keizinan berlakon di sini (Malaysia).

“Ini kerana saya sedar saya pelakon luar dan tidak mahu menjadi seperti pendatang. Saya rasa semuanya telah jelas dan permasalahan ini hanyalah salah faham,” jelas Randy panjang lebar.

Red Bull impi gelaran hatrik

YEONGAM, Korea Selatan - Ketua Red Bull, Christian Horner menganggap jika pasukannya merangkul gelaran dunia musim ini, ia akan menjadi kejayaan terbesar yang diraih mereka dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Musim ini, pasukan yang berpangkalan di Australia itu memburu gelaran hatrik selepas mengungguli kategori pemandu dan pengeluar bagi edisi 2010 dan 2011.

Justeru, Horner percaya Red Bull mampu bangkit dalam baki lima perlumbaan musim ini, seterusnya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Red Bull kini mengungguli tangga teratas kategori pengeluar dengan pungutan 324 mata, diikuti McLaren (283), Ferrari (263) dan Lotus (239).

Bagi kategori pemandu, pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 190 mata, empat mata di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula berada di tangga kelima apabila mengutip 134 mata.
Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen menghuni tangga kedua dengan 157 mata manakala pemandu McLaren, Lewis Hamilton di tangga kedua (152).

"Saya fikir ia (meraih gelaran dunia) akan menjadi kejayaan terbesar kami kerana perlumbaan musim ini dilihat semakin sukar.

"Musim 2010 merupakan pencapaian yang luar biasa kerana kami berjaya merealisasikan matlamat kami (muncul juara dunia buat kali pertama).

"Pada musim 2011, kami mempertahankan gelaran (juara dunia) dan sudah pasti ia menjadi prestasi yang lebih baik.

"Musim ini agak berbeza walaupun peraturan sudah berubah tetapi kami masih meraih beberapa kemenangan.

"Jadi sesiapa yang menang pada musim ini, kejayaan itu akan menjadi kemenangan yang paling bernilai kerana saingan F1 musim ini sangat sukar," jelas Horner.

Sebagai rekod, Red Bull yang menyertai F1 sejak tahun 2005, sekadar memenangi lima daripada 15 perlumbaan Grand Prix (GP) musim ini.

Meskipun ramai pemerhati meletakkan Vettel sekali lagi pilihan untuk muncul juara, namun Horner mempunyai pandangannya tersendiri.

"Sukar bagi saya untuk membuat ramalan bagi saingan musim ini. Memang benar Vettel mempamerkan aksi cemerlang di Singapura dan Jepun tetapi masih ada lima baki perlumbaan.

"Sukar untuk saya membuat jangkaan siapa akan menjadi juara tetapi saya gembira dengan kebangkitan yang dipamerkan Vettel," kata Horner. - AFP

Guardiola tiada dalam radar Milan

ROM - Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani menafikan khabar angin yang mengaitkan bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola sebagai jurulatih baharu kelab gergasi itu.

Spekulasi itu semakin hangat diperkatakan apabila Galliani dilaporkan mahu berkunjung ke New York, Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Ia kerana Guardiola kini berada di Manhattan selepas beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia bola sepak selepas meninggalkan Barcelona.

Pengganti Guardiola musim ini, Tito Vilanova juga dilihat cukup cemerlang bersama The Catalan apabila menerajui Liga Sepanyol setakat ini.

Situasi itu jelas berbeza dengan pengendali Milan, Massimiliano Allegri yang masih bergelut membantu The Rossoneri mengharungi saingan Serie A musim ini apabila tewas empat perlawanan termasuk yang terbaharu di tangan Inter Milan, Ahad lalu.

Disebabkan itu, Guardiola dilaporkan calon terbaik bagi menggantikan Allegri, namun ia segera disangkal Galliani.

"Memang saya akan berkunjung ke New York tetapi ia bukan kerana mahu berjumpa dengan Guardiola.
"Sebaliknya, saya hanya akan pergi ke sana untuk bertemu anak perempuan saya," tegas Galliani.

Pada masa sama, Galliani juga menegaskan bahawa presiden kelab, Silvio Berlusconi tidak berhasrat untuk menjual kelab itu dalam masa terdekat.

"Saya optimis Berlusconi tidak akan menjual Milan... tidak buat masa sekarang," tegasnya. - Agensi

Sentuhan Kaká masih berbisa

MALMO - Perancang Brazil, Kaká membuktikan betapa sentuhannya masih berbisa.Selepas dua tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa, Kaká pantas membalas kepercayaan yang diberikan jurulatihnya, Mano Menezes apabila menyumbang satu gol bagi membantu Brazil membenam Iraq 6-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Malmo, Sweden semalam.

"Sejujurnya, saya begitu gembira kembali menemui sentuhan meledak gol.

"Semangat untuk beraksi bersama Brazil sememangnya tidak pernah pudar.

"Biarpun Menezes hanya menganggap perlawanan ini sekadar satu perlawanan ujian, ia sebenarnya cukup bermakna buat saya.

"Sejujurnya, saya gembira dapat memberikan yang terbaik supaya kekal dalam skuad selepas ini," kata Kaka.

Selain Kaká, turut meledak gol buat Brazil dalam perlawanan itu ialah bintang baharu Chelsea, Oscar yang berjaya meledak dua gol manakala Hulk, Neymar serta Lucas juga tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring.

Selepas berdepan Iraq, skuad Samba yang juga juara Piala Dunia sebanyak lima kali bakal berdepan Jepun di Poland dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa, Rabu depan.

Dalam pada itu, jurulatih Iraq, Zico yang juga bekas jurulatih Brazil kurang berpuas hati dengan perlawanan tersebut.

Ini kerana Iraq yang tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri gara- gara faktor keselamatan, bakal berdepan Australia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di gelanggang berkecuali di Doha, Qatar, Selasa depan.

"Sepatutnya, saya mahu berdepan Wales sebagai perlawanan persediaan (sebelum berdepan Australia) dan bukannya Brazil.

"Ia sesuatu yang tidak masuk akal apabila terpaksa beraksi dalam suhu sejuk di Sweden sebelum kembali semula ke Qatar yang sememangnya panas.

"Tidak mustahil, prestasi anak- anak buah saya bakal terjejas ketika berdepan Australia kelak," kata Zico. - Reuters

ATM tak kira siapa lawan di final

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my



TANPA mengambil kira siapa lawan sama ada Selangor atau Kelantan pada perlawanan akhir kempen Piala Malaysia nanti, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaungkan janji untuk mempamerkan aksi paling bertenaga dalam misi mereka untuk menjulang piala berprestij itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan pada perlawanan menentang Lions XII kelmarin, beliau percaya bahawa ATM akan memberikan persembahan yang lebih mantap pada perlawanan akhir nanti.

Menurutnya, ATM telah bermain dengan penuh semangat dan iltizam sehingga berjaya mengakhiri penantian selama 46 tahun untuk layak ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 1966 ketika kejohanan Piala H.M.S. Malaya.

"Barisan pemain ATM telah mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan saya begitu percaya bahawa ATM bakal memberikan persembahan yang penuh bertenaga dalam perlawanan akhir nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Pegawai Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja Siri 77/2012 di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka semalam.

Mengulas mengenai pemberian ganjaran sekiranya pasukan ATM menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata, soal ganjaran itu adalah perkara kedua, sebaliknya anak-anak didik jurulatih, B. Sathianathan perlu melaksanakan tugas untuk menggapai impian bergelar juara pada 20 Oktober ini terlebih dahulu.

"Ganjaran memang ada tetapi saya mahu pemain tidak terlalu mengharapkan imbuhan dulu kerana yang penting mereka perlu tunjukkan aksi paling ampuh dan mantap untuk bergelar juara," katanya.

Menurutnya, sekiranya pemain terlalu mengharapkan ganjaran, pemain mungkin hilang tumpuan kerana peluang beraksi ke perlawanan akhir adalah peluang yang hadir sekali selepas 46 tahun.

Katanya, ATM akan memikirkan habuan terbaik untuk pemain sekiranya mereka merealisasikan impian untuk merangkul piala paling berprestij bola sepak negara.

Kelantan ke final

PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan ‘Misi 33’ mereka musim ini.

Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.

Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.

Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.

Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.

Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.

Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.
Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.

Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.

Kandungan ibu tanpa rahim

Susunan SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my 



HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu.

Lebih menarik, mereka menerima rahim tersebut daripada ibu kandung masing-masing sekali gus mencipta sejarah sebagai pemindahan rahim daripada ibu kepada anak yang pertama di dunia.

Menurut ketua pasukan bedah berkenaan, Prof. Dr. Mats Brannstorm, lebih 10 orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar tersebut.

Menurutnya yang juga Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg, rahim wanita pertama telah dibuang beberapa tahun lalu akibat kanser pangkal rahim manakala wanita kedua dilahirkan tanpa rahim.

“Keadaan dua-dua pesakit yang enggan identiti sebenar mereka didedahkan ini berada dalam keadaan baik walaupun sedikit penat selepas menjalani pembedahan.

“Sementara itu, kedua-dua ibu mereka sudah boleh berjalan dan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari lagi,” ujar Bransstorm.

Kes wanita ketiadaan rahim bukanlah senario baharu di Sweden, malah dianggarkan di negara itu, terdapat 2,000 hingga 3,000 wanita yang tidak dapat mengandung disebabkan ketiadaan rahim, sama ada ia berpunca daripada masalah kesihatan mahupun yang lahir tanpa rahim.

Menurut Bransstorm lagi, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia.
Berdasarkan teori tersebut, pakar perubatan berpendapat, rahim wanita yang sudah mengalami fasa menopaus masih boleh menampung kehamilan.

Peluang kedua

Seorang penerima rahim yang dikenali sebagai Anna memberitahu, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.

“Pengalaman mempunyai rahim adalah satu perasaan yang hebat.

“Saya gembira pembedahan pemindahan ini berjaya walaupun belum ada jaminan saya dan teman lelaki boleh menimang cahaya mata selepas ini.

“Bagaimanapun, memiliki rahim buat kali kedua adalah peluang terbaik dalam hidup saya.
“Jika saya berjaya hamil, ia adalah bonus buat kami,” ujarnya.

Walaupun pemindahan rahim antara ibu dan anak ini mencipta sejarah yang tersendiri, ia bukanlah pemindahan rahim yang pertama dalam sejarah perubatan dunia.

Ogos tahun lalu, seorang wanita kelahiran Turki, Derya Sert, 22, turut mendapat rahim selepas lebih dua dekad dia dilahirkan.

Derya dikatakan tergolong dalam kelompok 5,000 wanita yang dilahirkan tanpa rahim di dunia.

“Saya tidak pernah didatangi haid sepanjang hidup sehinggalah selepas beberapa bulan saya mendapat rahim yang didermakan oleh waris mangsa kemalangan maut,” ujarnya yang juga isteri kepada seorang mekanik kereta ini.

Mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata, Derya bagaimanapun diuji. Namun, selepas pertemuan dengan sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz, dia mula memasang impian untuk bergelar ibu suatu hari nanti.

Bayi IVF
“Pada 9 Ogos lalu, nasib saya berubah apabila sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim yang didermakan kepada saya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur. Rahim yang saya terima ini merupakan satu anugerah tuhan yang sangat bermakna.

“Sebelum ini doktor mengesahkan saya tidak mempunyai rahim namun saya memiliki sepasang ovari yang sihat dan boleh mengeluarkan telur seperti wanita normal.

“Sekiranya diizinkan tuhan, kami mahu menimang cahaya mata dalam masa terdekat,” ujarnya yang menghabiskan masa selama enam bulan di hospital bagi menjalani pembedahan itu.

Apa yang menarik, Derya menjadi wanita pertama di dunia menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

Pembedahan ke atas suri rumah ini merupakan kejayaan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia.
Kali pertama ia dilakukan di Arab Saudi pada tahun 2000 melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup.

Bagimanapun, pembedahan itu tidak berjaya kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor membuang organ berkenaan selepas 99 hari berada dalam perut penerimanya.

Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

“Kami gembira kerana selepas pemindahan rahim pada tahun lalu, Derya sudah didatangi haid malah ia hadir secara konsisten. Ini bermakna, tisu daripada rahim yang dipindahkan itu hidup dan berfungsi seperti rahim biasa.

“Pembedahan ini dianggap berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya nanti,” kata ketua pasukan pakar bedah itu, Dr. Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan.

Pencarian ibu cantik terbaik

SEBAIK sahaja pertandingan Glowing Youthful Mother 2012 dibuka kepada khalayak pada bulan Mei lalu, pihak penganjur menerima ribuan permohonan penyertaan daripada golongan ibu di seluruh negara. Namun, hanya 200 permohonan disenarai pendek untuk menghadiri sesi uji bakat pertama pada bulan Julai lalu.
Usai sesi uji bakat itu, 95 peserta telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya dan mereka juga telah diperkenalkan dalam satu majlis baru-baru ini.

Glowing Youthful Mother 2012 merupakan acara tahunan kedua dianjurkan oleh Mega Lifesciences selepas ia mendapat sambutan hangat tahun lalu.

Pertandingan tersebut merupakan platform bagi golongan ibu berumur lingkungan 30 hingga 60 tahun di negara ini untuk lebih bertanggungjawab mengenai kesihatan mereka dan mengetahui kepentingan penjagaan empat tonggak penting kesihatan manusia iaitu jantung, hati, sendi dan kulit.

Pengarah Serantau Mega Lifesciences, Sudhir Gandhi memberitahu, 95 peserta itu dipilih ketika uji bakat dengan melihat kepada tahap kecergasan yang setara dengan umur mereka.

“Sewaktu uji bakat, dua faktor yang ditentukan pihak juri ialah ujian biologi untuk mengukur tahap kesihatan yang setara dengan umur dan sesi soal jawab untuk menguji pengetahuan mereka mengenai topik kesihatan asas.

“Selain itu, penampilan dan kemahiran berkomunikasi juga diambil kira untuk peserta di pilih ke peringkat seterusnya. Sesi pengenalan kepada 95 peserta ini juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan ikon ibu sihat kepada ibu-ibu lain di luar sana,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini.

Sesi memperkenalkan 95 ibu di Publika, Solaris Dutamas baru-baru ini turut diserikan dengan aksi cat walk daripada peserta.
 
Seorang peserta yang terlibat, Alwizah Al-Yafii, 38, melahirkan rasa gembira apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta sempena sesi pengenalan peserta itu.

“Semasa sesi uji bakat baru-baru ini saya telah membuat persiapan yang rapi terutama dari aspek kesihatan luaran dan dalaman serta ilmu pengetahuan mengenai kesihatan. Saya tidak menyangka akan terpilih sehingga ke tahap ini,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Glowing Youthful Mother 2012 mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM50,000.
Pemenang utama akan menerima wang tunai bernilai RM25,000, manakala pemenang tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000.

Juri untuk pertandingan itu terdiri daripada personaliti terkenal iaitu Amber Chia, Daphne Iking dan Noniswara Baharuddin serta tidak ketinggalan juga pereka fesyen, Bon Zainal.

Profil 95 peserta kini terdapat di laman web rasmi pertandingan iaitu www.gymc.com.my dan laman Facebook www.facebook.com/glowforever.

Orang ramai juga boleh mengundi peserta kegemaran mereka di laman Facebook dan 20 peserta mendapat undian tertinggi akan terpilih ke peringkat akhir pada 3 November nanti.
– MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’

NURUL AINI MOHAMED ALI
12 Oktober 2012 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.
"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.
Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.
 
 

10 lelaki bergelut buaya

KINABATANGAN: Lebih 10 tenaga lelaki dewasa termasuk sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diperlukan, sebelum berjaya menumpaskan seekor buaya gergasi sepanjang 5.2 meter yang ditemui di Sungai Kinabatangan, di sini, Ahad lalu.

Namun, buaya jantan yang digelar ‘Si Ganas’ itu ditangkap bukan kerana membaham atau mengganggu manusia, sebaliknya bagi membolehkan sepasukan penyelidik memasang penanda bertujuan memantau pergerakan sang bedal terbabit.

Dalam pemburuan itu, JHL bersama Tasik Girang Field Centre (DGFC) memasang jerat, sebelum umpan yang diberikan disambar reptilia berkenaan. Sebaik ditangkap dan dibawa ke darat, buaya itu dipasang penanda yang membolehkan ia dijejaki menerusi satelit bagi tujuan penyelidikan. Projek berkenaan dijalankan menerusi pembiayaan Zoo Chester dan DGFC.

Pengarah JHL Sabah, Dr Laurentius Ambu, berkata reptilia itu adalah buaya jantan ketiga ditandakan penanda satelit di Kinabatangan menerusi projek yang dijalankan Unit Menyelamat Hidupan Liar jabatan itu dan DGFC.

“Bagaimanapun, dua buaya yang ditandakan pada Jun 2011 dan Januari lalu tidak dapat dikesan selepas dua bulan ditanda.

“Kami berharap penanda pada Si Ganas dapat bertahan lama bagi membolehkan pergerakannya direkodkan,” katanya, di sini, semalam. Laurentius berkata, lebih 10 lelaki diperlukan bagi ‘menawan’ Si Ganas sebaik memasuki perangkap dipasang sebelum diukur, dipasangkan penanda dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Sementara itu, Pengarah DGFC yang juga Ketua Program Buaya Kinabatangan, Dr Benoit Goossens, berkata hasil pemantauan dalam tempoh tiga hari selepas ditanda dan dilepaskan, buaya berkenaan sudah bergerak sejauh kira-kira lima kilometer.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan ia bukan haiwan pemastautin,” katanya.

Goosens berkata, pasukannyajuga menjalankan kaji selidik menerusi pemetaan lokasi bersarang yang menunjukkan penurunan habitat dan campur tangan manusia mempengaruhi tingkah laku buaya di lokasi berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12

Mahkamah Rusia haram video hina nabi

MOSCOW: Mahkamah Rusia membuka jalan bagi potensi penutupan You Tube, sebuah laman web perkongsian video dengan mengharamkan video hina Nabi Isnin lalu yang mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam.

Mahkamah Tverskoy di Moscow memutuskan bahawa video yang dibuat di Amerika Syarikat dan menggambarkan Nabi Muhammad

 Pendakwaraya, Viktoria Maslova memberitahu mahkamah bahawa video tersebut "memburukkan agama Islam dan menyebabkan peningkatan sikap tidak bertoleransi terhadap agama di Rusia," lapor agensi berita Itar-Tass.

Di bawah undang-undang yang akan berkuat kuasa pada 1 November ini, laman-laman Internet yang kandungannya diharamkan di Rusia akan diletakkan di dalam suatu daftar, dan pembekal-pembekal internet akan menyekat akses kepada laman-laman tersebut.

Pemilik YouTube, Google Inc, berkata mereka akan menyekat akses filem kepada pengguna di Rusia sejurus selepas mereka menerima keputusan mahkamah itu, lapor agensi RIA.

Namun, Google tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi Reuters.

Google telah menyekat video selama 13-minit itu di beberapa negara-negara Islam termasuk Mesir dan Libya, dua negara di mana konsulat Amerika Syarikat telah diserang oleh penunjuk perasaan.

Menteri Komunikasi, Nikolai Nikiforov, antara yang menentang undang-undang baru itu, berkata bulan lepas bahawa video hina Nabi boleh digunakan sebagai alasan untuk menutup YouTube.

Sentimen keagamaan telah menjadi subjek perbahasan sejak demonstrasi anti-Kremlin oleh kumpulan punk, Pussy Riot di gereja utama di Moscow yang menyebabkan kemarahan Gereja Ortodoks Rusia yang mempunyai kuasa politik.

Tiga ahli kumpulan tersebut menerima hukuman penjara dua tahun untuk 'keganasan berdasarkan kebencian agama'.
Mereka berkata mereka sebenarnya dihukum kerana secara terbuka mengkritik Presiden Vladimir Putin.

Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah



KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.
“Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

“Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan.

“Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

“Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

“Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera,” katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.


        

   

Fakta-fakta Menarik Tentang Kapal USS George Washington

Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:

- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

 - Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.

- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.

- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.

Sumber: http://uscarriers.net/

Samsung Galaxy S3 Mini launches

Samsung has announced a smaller 4-inch screen version of its Samsung Galaxy S3 – the Galaxy S3 Mini.
The phone largely shares the same features as the S3, such as Android 4.1 Jelly Bean, S Voice, Smart Stay, S Beam.

Specs wise it has a Dual Core 1GHz chipset, 5MP AF + LED Flash camera, 8Gb of memory (boostable up to 32GB with a MicroSD card), and a 4.0-inch WVGA Super AMOLED screen.

Simon Stanford, vice president, telecommunications and Networks Division, Samsung UK and Ireland said: “The award winning Galaxy S3 has been extremely well received globally since it launched earlier this year so we are thrilled to be able to offer our customers the same revolutionary design, intuitive usability and intelligence in a mini version.

We will continue to develop smartphones to cater for a variety of customer needs and this latest release demonstrates our ongoing commitment to offering our customers more choice at every price point.”


装追踪器过程险恶 10大汉缠斗 “恶魔”

(本报亚庇11日讯)沙巴野生物局与达瑙基朗野生物研究中心在京那峇当岸河为一只长度达5.2公尺巨鳄戴上卫星追踪器,过程极为紧张刺激。

这只庞大的鳄鱼是只公鳄,性情凶猛暴戾,负责为它戴上卫星追踪器的团队人员事后都心有余悸地称它为“一个恶魔”,并为它称名为“那凶猛的”(Siganas)。

沙巴野生物局总监拿督罗伦斯安布表示,其实有关方面已经为京那峇当岸河的其中两只鳄鱼戴上卫星追踪器,这次是第三只了,经费由Chester Zoo和达瑙基朗赞助。

他说,之前那两只鳄鱼分别在2011年6月及2012年1月戴上卫星追踪器,但两个月后就失效了,他希望这次能够耐久一点,以便当局可以收集更多重要的资讯,了解鳄鱼的生态作息。

达瑙基朗经理兰邦指挥整个行动,他表示,鳄鱼力大无比,团队先设下陷阱,待成功捕捉到鳄鱼后,出动10名大汉把它由笼子里拉到河岸,为他测量后,才把卫星侦测器围上它的颈项。

“这整个过程真是需要团队精神才能成事,由达瑙基朗职员和野生物拯救队单位的队员组成的团队在整个过程都感到兴奋无比。”

达瑙基朗的总裁贝诺古申博氏则说,有关部门计划为廿条鳄鱼戴追踪器,包括京那峇当岸和其他河流的鳄鱼。

“才戴上3天的追踪器的‘那凶猛的’,已经游离达瑙基朗5公里以外去了,看来它们四处游走而不是长时间居住在京那峇当岸河,达瑙基朗这一带有几只巨鳄,彼此竞争非常激烈。”

与其同时,有关方面也在京那峇当岸一带研究鳄鱼做窝的状况,希望把窝的所在点拟出地图来,以了解人类的活动如何影响鳄鱼的栖息地及生态。

Thursday 11 October 2012

Piala Malaysia: ATM mara ke final

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
11 Oktober 2012 
 PENANTIAN selama 46 tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila  menewaskan Lions XII  menerusi sepakan penalti 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Dengan kemenangan ini, ATM bakal bertemu sama ada Selangor atau Kelantan, yang akan beraksi di Shah Alam, malam esok.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Hai-0. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan tuan rumah terus  mengatur strategi dan melakukan serangan namun percubaan Christie Jayaselan  berjaya ditepis oleh Izwan Mahbud  pada minit ke-12.

Pada minit ke-14, ATM sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Marlon Alex James sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan  serangan pasukan tuan rumah, pasukan pelawat  melakukan serangan balas. Namun percubaan pemain Lions XII berjaya didakap kemas  oleh Farizal Harun  pada minit ke-20.

Keghairahan pelawat dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila hantaran menarik Shahril Ishak berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Agu Casmir pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Marlon hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan berjaya didakap kemas oleh Izwan pada minit ke-73.

ATM sekali lagi hampir menyamakan kedudukan. Pun begitu tendangan Bruno Marteloto pada minit ke-75 sedikit tersasar ke tepi tiang gol.

Berbaki  minit-minit  terakhir, ATM  masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat  menafikan hasrat The Army untuk menyamakan kedudukan.

Beraksi di hadapan 11,000 penonton di gelanggang sendiri, ATM bagai dirasuk apabila serangan demi serangan, akhirnya gol penyamaan tuan rumah terhasil setelah tandukan Marlon pada minit ke-96 berjaya menewaskan penjaga gol Lions XII, Izwan.

Setelah kedua-dua  pasukan terikat  agregat 2-2, perlawanan diteruskan dengan masa tambahan

Dilihat mendapat semangat dari gol pertama, anak didik Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, dan Aidil  namun berjaya dikekang oleh pertahanan Lions XII.

Lions XII terus dihimpit tekanan apabila pemainnya, Isa Halim terpaksa keluar dari padang kerana dilayangkan kad merah.

Dalam pada itu, kegagalan Baihakki untuk menyudahkan sepakan penalti akhirnya  memberi kemenangan kepada ATM untuk aksi di final 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Tan Chong yakin dengan Nissan Almera baru

11 Oktober 2012 

KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), unit milik penuh Tan Chong Motors Holdings Bhd, berkeyakinan bahagian pasarannya akan meningkat dengan ketara selepas pelancaran kereta keluarga Nissan Almera.

Pengarah Eksekutif Datuk Dr Ang Bon Beng berkata bahagian pasaran Nissan ialah 5.2 peratus sehingga kini, dan menambah beliau berharap ia akan meningkat dengan banyak pada akhir tahun ini dengan pelancaran Almera pada akhir Oktober.

"Sehingga kini, jumlah keluaran industri pada Ogos sebanyak 412,575 unit dan akan meningkat 1.7 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun dan mulai Januari hingga Ogos tahun lepas kami mencapai 405,000 unit," kata beliau pada majlis penyampaian anugerah kepada ETCM kerana menerajui kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia Asia Pasifik 2012 J.D. Power.

ETCM meraih 796 daripada 1,000, tertinggi dalam 11 jenama dalam kajian yang melihat faktor sedemikian sebagai proses penyerahan dan masa, kertas kerja, urus niaga, jurujual dan kemudahan pengedaran.
 - Bernama

Pas, DAP tetap bekerjasama

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


KOTA BHARU 11 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.

Beliau berkata, Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika meneruskan kerjasama itu kerana memerlukan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan tidak tahu kenapa ramai ahli Pas yang mendakwa perjuangan parti itu sudah tersasar dan meminta mereka memberi penjelasan.

Katanya, DAP tidak pernah menganggu Pas sejak kerjasama antara kedua-dua parti terjalin sebaliknya masalah tersebut hanya mainan media milik UMNO.

"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, dia tidak sebut kenapa kita beralah dengan DAP, keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tuah penakluk Selat Inggeris

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan pangkat kesemua tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) atas kejayaan mereka melaksanakan cabaran itu baru-baru ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian insentif wang tunai berjumlah RM120,000 kepada mereka serta tujuh perenang simpanan yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seorang jurulatih.

“Bagi perenang solo, kita setuju berikan RM20,000. Perenang lain RM10,000 seorang. Pasukan simpanan dan jurulatih RM5,000 seorang,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan dan jamuan tengah hari bersama peserta ekspedisi itu di Dewan Bankuet Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Porsche di pusat pameran disamun

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang memasuki sebuah pusat pameran kereta di Jalan Bukit Bintang di sini dengan mudah berjaya melarikan kereta mewah Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari premis itu semalam.

Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat pameran Porsche itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian kemeja putih lengan panjang dan bertopi dengan selamba memasuki premis berkenaan sebaik pusat pameran kereta itu dibuka pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek itu kemudian naik ke tingkat atas pusat pameran kereta tersebut sebelum menggeledah sebuah meja dan mengambil satu sampul surat berisi kunci sebuah kereta Porsche.

“Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari pusat pameran tersebut sambil menekan alat penggera kereta bagi mengetahui di mana kedudukan kereta yang ingin dilarikan.

“Selepas mengetahui lokasi kereta terbabit diparkir, lelaki itu terus memandu keluar sebuah Porsche Panamera warna emas bernilai RM900,000 yang diletak di luar pusat pameran itu,” kata beliau pada sidang akhbar itu di sini.

Menurut Zainuddin, enam buah lagi kereta Porsche pelbagai model lain yang berada di luar pusat pameran tersebut tidak diusik.

Difahamkan semasa kejadian di dalam pusat pameran itu terdapat beberapa buah kereta Porsche lain yang diletakkan di situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Karier Safee terancam

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


NASIB Mohd Safee Sali bersama skuad kebangsaan mungkin terancam selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didakwa mengambil tindakan menggantung 25 kelab Liga Super Indonesia (ISL).
Berita penggantungan membabitkan kelab diwakili Safee, Pelita Jaya FC itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menerima surat rasmi dari PSSI, lewat petang semalam.

“Benar, FAM ada menerima laporan berhubung penggantungan beberapa kelab dari pihak PSSI. Ia dinyatakan secara rasmi dengan tujuan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara luar termasuk Malaysia.
“Antara kelab-kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili penyerang negara, Safee,” katanya.

Sebelum ini kes penganjuran ISL yang didakwa sebagai ‘liga haram’ kerana tidak diiktiraf PSSI hebat dibincangkan sejak tahun lalu hingga membabitkan campur tangan Fifa yang mahu perkara itu diselesaikan segera Mac lalu.

ISL sebelum ini adalah liga utama Indonesia sebelum kepimpinan baru PSSI diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia hingga liga negara itu terbahagi dua.
Bagaimanapun penggantungan oleh PSSI ke atas kelab Pelita Jaya menimbulkan tanda tanya sama ada Safee yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan bayaran lebih RM2 juta bersama kelab itu boleh menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh penggantungan itu.

Azzuddin menegaskan, berdasarkan maklumat yang diberikan PSSI kedudukan Safee masih selamat.
“Tetapi, laporan itu tidak menyentuh berhubung larangan pemain negara (Safee) untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. Buat masa ini, FAM dimaklumkan pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab yang digantung itu,” katanya yang enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

Safee, 28, menjadi sandaran utama Datuk K Rajagobal untuk menerajui Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menentang Hong Kong dan Vietnam bulan ini sebelum menghadapi misi mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini.

 Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10

Kawan lama jauhkan diri

SAYA ada seorang rakan sekerja yang tua lima tahun daripada saya. Dulu dia amat baik dengan saya sehinggalah semakin hari dia semakin menjauhkan diri, malah tidak bercakap langsung dengan saya.

Sedar dengan perbuatannya, saya mula bertanya dan meminta maaf. Tetapi saya dimarahi dan memberitahu tiada apa-apa masalah dengan saya.


Jika saya bertanyakan hal kerja dengannya, dia langsung tidak memandang saya. Saya mula rasa rendah diri dan hilang semangat untuk bekerja.

Ramai yang menasihatkan supaya saya berdiam diri saja sehingga dia sedar. Dia seorang yang patuh pada ajaran agama dan tidak pernah meninggalkan solat.

ANIS,
Selangor


KAWAN atau rakan sekerja penting dalam menjalankan pekerjaan dan kehidupan seharian. Imam al-Ghazali (2005) menggaris lima karakter seorang kawan yang kita patut pilih, iaitu kawan yang mempunyai akal yang tinggi, berakhlak mulia, penuh dengan rasa takwa, tidak bersikap tamak dan sentiasa bersikap benar.

Seorang kawan bertanggungjawab membantu kawan ketika dalam kesusahan, menjaga rahsia dalaman seorang kawan dan menjadi tempat mengadu sekiranya ada masalah.

Seorang kawan dapat mempertahan diri kita daripada kritikan. Ia mudah memaafkan kesalahan dan memberi nasihat dan mengambil berat mengenai keluarga apabila kita meninggal dunia dan pelbagainya.

Berdasarkan kepada penerangan anda di atas, sememangnya anda merasa susah hati di atas apa yang terjadi di pejabat. Bagaimanapun, anda sudah mencuba untuk berbaik-baik dan mengeratkan hubungan.

Mudah-mudahan usaha itu merubah keadaan. Tidak salah berusaha lebih dalam menjalinkan kembali hubungan sesama kawan itu. Antara usaha lain ialah mencari sahabat lain yang mampu menjadi penghubung supaya ikatan silaturahim kembali terjalin seperti dulu.

 Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04

Fikrah Dr. Salam
(Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri jawab)  
 
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada Pengarang Rencana, Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpuratau e-mel kepada fikrah@hmetro.com.my

Adab pengantin baru

BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan masing-masing.
Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.

Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia dipaksa, si isteri akan terasa sakit. Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat dalam keadaan biasa.

Dalam keadaan takut atau ngilu, otot lantai pelvis si isteri atau ‘otot kemut’ mencengkam dan membuatkan pembukaan faraj tertutup lebih padat.

Jika dipaksa melakukan penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.
Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj, seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.

Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli pelembap seperti ‘Top’Gel’ (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.
Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj dengan melegakan pembukaan faraj.

Jika masih gagal menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau dukun bukan tindakan bijak.

Masalah berlaku bukan kerana ilmu hitam tapi kurang ilmu hubungan seks serta kurang bimbingan dan maklumat mengenai dunia kelamin. Saya boleh dihubungi melalui e-mel dr_tambi@yahoo.com.

Saya syorkan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga membaca buku panduan hubungan seks suami isteri bertajuk ‘Adab Malam Pengantin’ keluaran Telaga Biru.

 Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby jawab  
 
Hadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit? Hantar masalah anda kepada
Pengelola Ruangan Sakit Tuan,Metro Ahad, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada sakittuan@hmetro.com.my

Masalah keputihan bercampur darah

SAYA baru saja melahirkan bayi lima bulan yang lalu. Masalahnya, saya me�ngalami keputihan yang kadangkala keluar sedikit darah.

Adakah keadaan ini berbahaya? Apakah punca keadaan ini? Pada masa sama, saya juga mengalami masalah payudara kendur selepas bersalin. Adakah ia normal dan bagaimana untuk membuatkan payudara kembali kepada keadaan normal? Adakah sebarang produk yang sesuai untuk ibu yang menyusukan badan?


WANIE,
Lumut, Perak




ADAKAH anda sudah menjalani ujian Pap smear, baru-baru ini? Ini kerana ujian Pap smear disarankan ke atas setiap wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan ujian ini elok dilakukan secara berjadual atau berselang tempoh tertentu.

Jika belum, eloklah anda pergi menjalaninya dengan mana-mana doktor sakit puan. Sewaktu ujian ini, doktor dapat melihat keadaan keseluruhan permukaan faraj dan juga permukaan pintu rahim luar (ektoserviks) sebelum mengambil sampel ujian terbabit.

Doktor juga boleh mengambil sampel keputihan untuk menganalisis kultur kuman. Lazimnya ia mengambil masa sekitar tiga hari sebelum diketahui keputusannya. Jika tiada kelainan dikesan, berkemungkinan pendarahan yang anda alami berpunca dari bahagian lebih atas iaitu dalam rahim.

Sewaktu kehamilan, payudara mengalami pertambahan saiz akibat perkembangan kelenjar alveolus yang menghasilkan susu di samping pengumpulan tisu lemak yang juga boleh berlaku akibat pemakanan berlebihan.

Selepas kelahiran dan penyusuan badan berhenti, kelenjar terbabit menjadi kurang aktif dan mengecil semula sementara hanya tisu lemak yang masih ada menjadikan payudara kelihatan mengendur serta tidak pejal seperti sebelumnya.

Sekiranya anda masih menyusukan badan dengan aktif, perubahan saiz ini masih belum ketara kecuali jika anda hanya menyusukan dari sebelah payudara saja.
Terdapat hormon yang menyerupai hormon kewanitaan (estrogen) yang dapat memberikan kesan keanjalan payudara.

Bagaimanapun, pengambilannya memerlukan pengawasan doktor kerana hormon ini juga berpotensi memberikan kesan negatif atau bahaya kepada payudara dan organ kewanitaan contohnya rahim.

 Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07


Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat jawab)  
Jika anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama dan alamt penuh kepada Ruangan Pengelola Sakit Puan, Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada sakitpuan@hmetro.com.my

Kejutan, dugaan terbesar

CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.”

Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.
Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan.

Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Erma Fatima lebur hati Raja Ema

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


SELEPAS 15 tahun menyepikan diri dari dunia glamor, nama pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Raja Ema kembali diperkatakan orang di laman sosial twitter mahupun facebook, ketika ini. Semuanya, gara-gara penampilan wajah terbaru pelakon berstatus ibu tunggal kepada dua anak remaja ini dengan imej lebih segar, jelita dan langsing yang menghiasi sebuah majalah fesyen tempatan.

Khabarnya, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Jejaka Idaman ini muncul semula kerana ingin membuat ‘comeback’ di persada hiburan tanah air sekali gus mengubat kerinduan peminatnya. 
 
Wartawan dan jurugambar Rap berusaha menjejaki pelakon yang juga pemilik nama sebenar, Raja Ema Raja Ibrahim, 44, ini di lokasi penggambaran terbaru lakonannya iaitu drama bersiri sebanyak 14 episod Bukan Untuk Aku arahan Pali Yahya untuk saluran TV9, tidak lama lagi.

Ketika di temui di lokasi penggambaran di Seksyen 7, Shah Alam, petang kelmarin, Raja Ema mengakui dia sendiri terkejut kemunculannya di majalah itu meraih perhatian ramai.

“Sebenarnya, tidak terlintas di hati saya membuat ‘comeback’ untuk mencari glamor dan publisiti kerana bagi saya, zaman itu sudahpun berlalu. Saya kembali berlakon untuk mengubat rindu pada bidang lakonan yang sudah sekian lama ditinggalkan dan pada masa sama anak-anak pun sudah besar dan mampu hidup berdikari,” katanya.

Sudah namanya anak seni, sudah pasti bidang lakonan cukup sebati dalam diri anak kepada Allahyarham Yusni Jaafar yang pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-8 (FFM8) dan Bintang Harapan Wanita Terbaik pada FFM7.

“Kali terakhir, saya berlakon adalah filem Queen Control. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan Sheqal, mengandung serta melahirkan anak, saya memutuskan untuk meninggalkan bidang seni.

“Namun, hubungan saya dengan rakan artis tidak putus. Ramai juga rakan yang bertanya sama ada saya hendak kembali berlakon seperti dulu tapi saya belum bersedia sebelum ini.

“Secara kebetulan, saya juga selalu berhubung dengan menghantar ucapan Selamat Hari Raya pada rakan artis seperti penerbit drama Raja Alawiyah dan pengarah Erma Fatima setiap kali tibanya hari raya.

“Saya juga pernah beritahu Erma, saya rindu nak berlakon semula apabila anak sudah besar dan dia terus tawarkan salah satu watak dalam drama terbaru terbitan produksinya, Bukan Untuk Aku, tahun ini,” katanya.

Raja Ema adalah artis pertama Malaysia yang mempunyai muzik video iaitu lagu Di Pertemuan Ini. Kemunculannya dalam filem Pernikahan Berdarah bersama pelakon Indonesia, Willy Dozan mendapat liputan meluas media dan lagu nyanyiannya Mentari Korea juga dijadikan lagu tema Sukan Olimpik Seoul 1988.

Antara filem lakonannya adalah Cikgu Romantik, Tarik-Tarik, Sahabat, Queen Control, Boss, Sejati, Antara Dua Hati, Mawar Merah dan Sayang adalah filem terakhirnya.

Justeru, kata Raja Ema, drama bersiri Bukan Untuk Aku adalah lakonan pertamanya selepas sekian lama menyepi.

“Saya lebih suka membaca skrip terlebih dulu sebelum menerima sesuatu tawaran berlakon. Saya juga terima tawaran Erma kerana watak Puan Sri Atilia (isteri kepada pelakon Ridzuan Hashim) dalam drama ini ada kelainan dan belum pernah dilakonkan.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sitkom tapi ia kali pertama saya bawa watak ibu yang garang dalam drama yang berat ini. Saya akui memang berasa kekok bila di lokasi penggambaran yang sudah lama ditinggalkan.

“Bagaimanapun, pengarah muda seperti Pali, Aqasha dan bintang baru yang juga watak utama dalam cerita ini Siti Saleha juga memberi kerjasama yang baik dan saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Status saya sendiri sebagai ibu kepada dua anak remaja sedikit sebanyak membantu saya menjiwai watak ibu dalam cerita ini,” katanya. Drama bersiri ini turut diterajui barisan bintang muda meningkat naik ketika ini iaitu Nazim Othman dan Marsha Londoh.


Pegang status ibu tunggal

Biarpun kembali berlakon, anak-anak tetap nombor satu dalam hidup Raja Ema yang kini berstatus ibu tunggal, sejak setahun lalu. Hasil perkongsian hidup dengan penyanyi Sheqal, mereka dikurniakan dua anak, Putra Ammar, 18, dan Putra Ehsan, 16.

“Walaupun anak-anak dan keluarga mengizinkan saya kembali berlakon tetapi saya tidak mahu membuat perubahan yang terlalu drastik atau kerana anak-anak cukup rapat dengan saya. Anak saya yang nombor dua, Ehsan tidak pernah berenggang dengan saya di rumah.

“Saya juga ingin berlakon secara sambilan dan drama ini sebagai ‘warm up’ dalam bidang seni. Buat masa ini, saya juga terima tawaran berlakon sekitar Kuala Lumpur dulu kerana tidak ingin berenggang dengan anak-anak.

“Sebelum ke lokasi, saya pastikan semua keperluan anak-anak sudah dipenuhi terlebih dulu termasuk urusan makan dan minum mereka atau mengambil mereka dari sekolah atau keluar makan dengan mereka,” katanya.

“Ramai orang fikir, saya wanita lemah-lembut sebaliknya suara saja yang lembut tetapi sebaliknya saya tegas apabila mendidik anak-anak terutama dalam soal pendidikan mereka.

“Saya juga tidak kisah anak-anak mengikut jejak dalam bidang seni tetapi setakat ini saya tak nampak lagi mereka minat dalam bidang ini,” katanya.


Jawab isu buka tudung

RIMAS dengan isu dirinya yang dikatakan sanggup buka tudung semata-mata ingin buat ‘comeback’, Raja Ema terpanggil membuat kenyataan membela dirinya. Baginya, isu itu agak sensitif dan sedikit sebanyak mengguris hatinya dan keluarga kerana ia terlalu diperbesarkan orang yang tidak tahu menahu cerita yang sebenar.

“Memang saya pernah bertudung sekejap dulu sebelum buka tudung ketika baru berkahwin dengan Sheqal dan anak-anak pun masih kecil ketika itu. Tapi, saya masih bertudung dan berpakaian menutup aurat apabila menghadiri majlis yang sesuai seperti kenduri kendara dan ke masjid.

“Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi,” katanya.

Apapun, kata Raja Ema, dia tetap menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya apabila sampai masanya nanti.

“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu.

“Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut,” katanya.

Ditanya perubahan wajahnya yang nampak lebih muda dan jelita pada usia pertengahan 40-an, Raja Ema mengakui dia sangat mementingkan aspek kecantikan luaran dan dalaman, sejak dulu.

“Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10




Ketua PBB puji Psy

PARIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia.

"Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin.
Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan.

Muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih 400 juta kali di laman perkongsian YouTube sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Psy kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat (AS) ekoran tariannya itu.
Dia turut diundang ke AS untuk menghadiri program bual bicara dan menjadi artis yang diurus oleh pengurus penyanyi terkenal, Justin Bieber, Scooter Braun.

Tarian kudanya itu juga menjadi ikutan penduduk pelbagai bangsa, walaupun lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Korea.

Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic menari tarian itu selepas perlawanan akhir Terbuka China di Beijing pada 7 Oktober lalu.

Pada perlawanan itu, dia menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis dengan keputusan 7-6, 6-2.
Menurut Ki-moon, beliau bangga dengan persembahan Psy.

"Tidak ada bahasa yang diperlukan dalam dunia muzik. Ia merupakan kuasa muzik.
"Menerusi persembahan seni itu, kita akan lebih memahami kebudayaan dan tamadun bangsa lain," katanya. - Agensi

Tekad akhiri penantian 46 tahun

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berazam menamatkan penantian 46 tahun untuk layak ke final Piala Malaysia 2012.

Sebagai rekod, kali terakhir ATM mara ke pentas final Piala Malaysia ialah pada edisi 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Piala H.M.S. Malaya.

Berdasarkan prestasi semasa, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Yakin yakin skuad kendalian B. Sathianathan itu mampu beraksi di pentas final di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Bagaimanapun, ATM terlebih dulu harus melepasi ujian getir apabila berdepan dengan Lions XII pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Zulkifeli berkata, anak-anak buah Sathianathan mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke final berbekalkan kelebihan satu gol tempat lawan selepas terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Jumaat lalu.

"Namun, saya tidak mahu pemain kita mengambil mudah semasa beraksi malam esok," kata Panglima ATM itu kepada pemberita pada majlis makan tengah hari bersama skuad ATM di Shah Alam semalam.

Mengulas mengenai ganjaran sekiranya ATM layak ke final, Zulkifeli berkata, beliau tidak mahu juara Liga Perdana itu memikirkan perkara tersebut.

"Saya tidak menafikan bahawa ganjaran itu adalah penting tapi bagi pihak pengurusan, kita akan beri ganjaran semampu mungkin walaupun kita tidak berjanji mengenai bentuk ganjaran tersebut," katanya.
Sementara itu, Sathianathan meminta setiap pemainnya mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian mara ke pentas final.

"Kita tidak boleh dibuai dengan keputusan seri tempoh hari kerana apa yang penting sekarang ialah setiap pemain memberi fokus sepenuhnya pada perlawanan esok," katanya.

"Secara peribadi, saya gembira jika dapat membantu ATM menjulang Piala Malaysia buat kali pertama," katanya yang pernah membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010.

Selangor akan menentang Kelantan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam malam esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Dikir Barat - Budu

Ramli Sarip - Teratai

BookingBuddy

Scorpions - Wind Of Change (Moment Of Glory)

Hotelclub.com

Isabella (SEARCH Live concert 2004)

Celine Dion - When i need you

Version 2 of 468 x 60 pixels
LinkShare_468x60v1

Awie Wings Alive 2006 - Sejati ( Set 3 )

Rakuten Travel, Inc.

Richard Marx - Right Here Waiting (HD Live)

Amazing New York Travel Bargains. Get up to 65% Off with TripMama. Compare Now!

M Nasir - Mentera Semerah Padi

BikeBandit.com

Michael Jackson - Billie Jean

Autoparts123.com - offers the finest auto parts in the automotive industry.

Sudirman - Salam terakhir

Last Minute Travel Venice Vacations

Elton John - Sacrifice

Ella - Sembilu

CheapOstay
US Auto Parts Network

Lionel Richie - All Night Long

BikeBandit.com

Jamal Abdillah - Azura

Bukan Ku Tak Sudi - IKLIM

Disana Menanti Disini Menunggu - Ukays

Mega - Bayangan Gurauan

LAMUNAN TERHENTI - ARIS ARIWATAN

Rahmat - Siapa Dihati Mu

Yuna - Terukir Di Bintang

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Anak Kampung - Jimmy Palikat

WALI BAND-TAUBAT MAKSIAT(TOMAT)

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik

ungu-percaya padaku [HD] video clip

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

Halim Yazid - Bangkit Asal

samad, wokyoh dan said kecek luar