Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
PETALING JAYA – Selepas dua tahun berdepan kontroversi rumah tangga,
pengacara, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh akhirnya sah bercerai dengan
isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara tebus talak RM1.
Serentak itu, bekas pengacara Trek Selebriti di saluran berbayar
Astro itu, disahkan bercerai talak satu
dengan Nursuhaila oleh Hakim
Syarie Abd. Halim Abu Samah selepas masing-masing melafazkan tebus talak
tersebut.
Nursuhaila menyerahkan wang tebus talak RM1 itu kepada Jimmy sebelum
prosiding bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini
semalam.
Sehubungan itu, Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak
tuntutan nafkah edah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak serta hutang
piutang begitu juga dengan Jimmy yang tidak akan menuntut hutang sesama
mereka.
Perceraian secara tebus talak merupakan suatu perceraian yang diminta
oleh isteri dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada
suaminya.
Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya
sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan
bayaran yang dipersetujui bersama, mahkamah hendaklah mengarahkan suami
itu melafazkan cerai khulu.
Sejurus selesai prosiding, Jimmy, 32, yang bergegas keluar dari dewan
mahkamah sempat memberitahu media yang dia terpaksa memungkiri janji
ibu mertuanya yang juga pengasas produk kecantikan Natasya, Datin
Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan Nursuhaila.
“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama,
biarlah saya cari pasangan saya di Jannah (syurga),” katanya sambil
menguntum senyuman pahit.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment