Save on your hotel - HotelsCombined.com

Wednesday 10 October 2012

Sarjana UK sahkan Mat Indera komunis

PULAU PINANG 9 Okt. - Seorang sarjana dari United Kingdom (UK) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan kenyataan Mat Indera kepada pihak polis ketika ditahan, dia mengakui sebagai anggota komunis.

Dr. Karl Hack, 46, pensyarah kanan dari Jabatan Sejarah di The Open University, UK berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong juga menggunakan perjuangan komunis sebagai alat untuk menentang British ketika itu.

Menurut Karl yang dianggap pakar dalam kajian darurat dan komunis di Malaysia, beliau membuat kesimpulan Mat Indera seorang komunis berdasarkan sokongan daripada kajian-kajian, buku dan temu bual yang dilakukan terhadap pihak-pihak berkaitan.

Bagaimanapun dalam hal ini, katanya, beliau tidak bergantung kepada buku Memoir Abdullah C.D. kerana buku tersebut ditulis hanya melalui ingatan bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) itu tanpa sokongan dokumen-dokumen. ''Walaupun begitu, dalam buku tersebut (Memoir Abdullah C.D.) ada dinyatakan bahawa Mat Indera seorang komunis,'' kata editor bersama buku 'Dialogues with Chin Peng: New Lights on the Malayan Communist Party' itu. Dalam buku tersebut, Chin Peng menyatakan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang merupakan ahli PKM.

Hack memberi keterangan demikian ketika disoal semula oleh peguam defendan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd.
Utusan turut diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafirizam Harun.Mohamad selaku plaintif memfailkan saman tersebut terhadap kedua-dua defendan itu pada 21 Disember tahun lalu kerana mendakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berbaur fitnah.
Pernyataan pembelaan defendan-defendan pula menyatakan bahawa penyiaran artikel-artikel tersebut adalah benar dan ulasan yang saksama serta diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat. Sementara itu, Hack dalam keterangannya juga berkata, dalam kenyataan Mat Indera kepada pihak polis, Mat Indera sendiri memilih sebagai seorang komunis walaupun menyedari wujudnya konflik antara Islam dan komunis.
Ditanya oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang mewakili plaintif, bahawa tidak semestinya seseorang itu komunis sekiranya dia menyertai parti komunis, beliau berkata, apabila seseorang itu menyertai komunis maka dia adalah ahli komunis.

Walaupun diasak berulang kali oleh Mohamad Hanipa, saksi defendan pertama itu tetap tenang menjawab satu persatu soalan yang dikemukakan oleh peguam tersebut. Menurut Hack lagi, Mat Indera atas kehendak dirinya sendiri kekal sebagai komunis setelah enggan menyerah diri semasa proses pemutihan yang ditawarkan oleh British terhadap anggota-anggota komunis. Jelas beliau, walaupun Mat Indera telah diberi peluang menyerah, dia tetap tidak mahu berbuat demikian dan ini bermakna dia menganggap dirinya sebagai seorang komunis. Menurutnya, pihak British juga tidak berminat sama ada Mat Indera seorang komunis atau sebaliknya kerana dia akhirnya dihukum atas kesalahan memiliki senjata api.

Selepas saksi itu selesai memberi keterangannya, Asisten Supritendan (ASP) Leow Lai Yoong mengemukakan salinan asal kenyataan polis yang diberikan oleh Mat Indera kepada mahkamah. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam bersambung 2 dan 3 Januari tahun depan.
ARKIB : 10/10/2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Dikir Barat - Budu

Ramli Sarip - Teratai

BookingBuddy

Scorpions - Wind Of Change (Moment Of Glory)

Hotelclub.com

Isabella (SEARCH Live concert 2004)

Celine Dion - When i need you

Version 2 of 468 x 60 pixels
LinkShare_468x60v1

Awie Wings Alive 2006 - Sejati ( Set 3 )

Rakuten Travel, Inc.

Richard Marx - Right Here Waiting (HD Live)

Amazing New York Travel Bargains. Get up to 65% Off with TripMama. Compare Now!

M Nasir - Mentera Semerah Padi

BikeBandit.com

Michael Jackson - Billie Jean

Autoparts123.com - offers the finest auto parts in the automotive industry.

Sudirman - Salam terakhir

Last Minute Travel Venice Vacations

Elton John - Sacrifice

Ella - Sembilu

CheapOstay
US Auto Parts Network

Lionel Richie - All Night Long

BikeBandit.com

Jamal Abdillah - Azura

Bukan Ku Tak Sudi - IKLIM

Disana Menanti Disini Menunggu - Ukays

Mega - Bayangan Gurauan

LAMUNAN TERHENTI - ARIS ARIWATAN

Rahmat - Siapa Dihati Mu

Yuna - Terukir Di Bintang

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Anak Kampung - Jimmy Palikat

WALI BAND-TAUBAT MAKSIAT(TOMAT)

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik

ungu-percaya padaku [HD] video clip

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

Halim Yazid - Bangkit Asal

samad, wokyoh dan said kecek luar