Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU 11 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan parti itu akan terus bekerjasama
dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13
walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.
Beliau berkata, Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika meneruskan
kerjasama itu kerana memerlukan sokongan daripada pengundi bukan
Melayu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan
tidak tahu kenapa ramai ahli Pas yang mendakwa perjuangan parti itu
sudah tersasar dan meminta mereka memberi penjelasan.
Katanya, DAP tidak pernah menganggu Pas sejak kerjasama antara
kedua-dua parti terjalin sebaliknya masalah tersebut hanya mainan media
milik UMNO.
"Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, dia tidak sebut kenapa kita
beralah dengan DAP, keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment